Wednesday, May 12, 2010

Zul Nordin..Apa Yg Dok Merapu Lagi..

Dlm posting terkini Yb Zul dia hentam PAS konon bersekongkol ngan DAP...sanggup jadi kuda tungangan DAP dlm mempolimikkan isu Kalimah Allah...baca seterusnya disini

Tapi macamana pulak dengan sikap dan hipokrit UMNO BN.. Sikap bermuka - muka dan hipokrit serta kreatif nya kempen Bn dalam bab manipulasi persepsi dan membohong sekali lagi meletakkan Bn di depan. Di Hulu Selangor Bn sanggup mencetak akhbar bahan kempen rasmi mereka dengan gambar besar depan merupakan gambar Zaid yang telah dipalsukan menggunakan teknik komputer dengan menunjukkan calon KADILAN-Pakatan Rakyat dan botol arak.
Kali ini di Sibu Bn menyebarkan poster dan bahan kempen berbunyi undi DAP bermaksud undi negara Islam, malah ada penceramah Bn yang terus terang berceramah di kalangan masyarakat cina dengan berkata "Negara Islam perlu ditolak kerana Malaysia akan jadi negara hukuman zalim, semua akan potong sana - potong sini..... Orang Melayu Umno pun tak mahu Islam kerana zalim maka orang cina Sibu harus tolak DAP kerana DAP bersama parti Islam PAS yang nak buat negara Islam" kalau macam nak kira macamana YB Zul..tlg jawab...

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'



Mei 12, 10 11:00am

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.


sumber: www.malaysiakini.com

Thursday, May 6, 2010

KAH..KAH..Menipu Jer Kerjanya...


Abdul Aziz Mustapha

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kempen pilihan raya kecil Sibu bermula dengan pembohongan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya.

"Kenyataan Najib bertentangan dengan dengan jawapan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Nazri Aziz di Dewan Rakyat yang memuji perkhidmatan dan lobi firma Yahudi Zionis, APCO Worldwide yang menggasak wang rakyat negara ini hampir RM77 juta sehingga Najib mendapat peluang yang diidam-idamkannya untuk mengadap Obama.

"Walaupun Nazri berusaha memperbaiki kenyataannya yang memuji jasa APCO yang membolehkan Najib mencapai idamannya untuk bertemu Obama, tetapi di kalangan pemimpin Umno, kenyataan pertamalah yang biasanya benar.

"Kenyataan susulan untuk memperbaiki kenyataan pertama hanyalah untuk mengawal kerosakan (damage control) akibat kenyataan pertama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, jika benar dakwaan kononnya Obama yang mahu berjumpa Najib, "ia tidak ubah seperti guru besar memanggil pelajar bermasalah untuk berjumpanya".

"Kalau pelajar bermasalah dipanggil berjumpa guru besar, biasanya dia dipanggil untuk dirotan.

"Kalau pemimpin negara angkuh seperti Amerika Syarikat memanggil pemimpin negara kecil mengadapnya, biasanya pemimpin negara kecil itu dileteri dan diberi amaran mengenai pelbagai perkara antaranya mengenai perbuatan memperdagangkan manusia (human trafficking)," katanya.

Beliau juga kesal dengan dakwaan Najib yang dianggapnya cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia.

"Perdana Menteri juga cuba menggambarkan kononnya Obama mahu berjumpa dengannya supaya beliau memberi penjelasan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB).

"Najib jangan ingat rakyat negara ini bodoh sangat untuk mempercayai dakwaannya itu. Kalaupun Obama mahu bersikap diplomatik atau mengambil hati tetamu, adakah sehingga ke peringkat meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai MEB?

"Kerja mencari maklumat mengenai MEB hanya kerja pegawai Amerika yang berpangkat rendah sahaja," kata Mahfuz.

Ketika berkempen di di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu baru-baru ini, Najib mendakwa bukan beliau yang mahu berjumpa Obama tetapi Obamalah yang mahu berjumpa beliau.

"Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," dakwa beliau.

www.harakahdaily.net

Wednesday, May 5, 2010

UMNO & PERKASA, PAS & GMC


8 Mac 2008 merupakan tarikh Umno dan Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3 buat pertama kalinya dalam sejarah politik negara. Keputusan pilihanraya 2008 bukan sahaja memberikan tamparan yang hebat kepada Pak Lah malah kepada seluruh warga pencari wang melalui BN khususnya.

Keadaan bertambah genting apabila Umno dan Barisan Nasional tewas 7-1 dalam pilihanraya kecil sebelum dapat menebus maruah di Bagan Pinang. Apakah langkah yang diambil oleh Umno Barisan Nasional untuk menjaga kepentingan politik mereka sebelum PRU-13?

Di sinilah datangnya Perkasa, yang selalu disebut sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan "memperjuangkan" dan "mempertahankan" hak-hak orang Melayu daripada orang bukan Melayu di Malaysia yang sepatutnya tiada kena-mengena dengan Umno walaupun hakikatnya kebanyakan rakyat tahu siapa di belakang tabir Perkasa.

Tun Dr Mahathir berkata Perkasa ialah satu elemen penting untuk melengkapkan BN, meskipun Perkasa ialah sebuah badan NGO yang tidak patut terlibat dalam politik negara. Itulah langkah yang diambil Umno untuk menjaga kepentingan politiknya; dan kita tidak harus berasa hairan dengan tindakan sebegini kerana inilah naluri semulajadi penyokong-penyokong sebuah parti politik untuk bersikap kreatif dalam mempertahankan kuasa yang ada apabila kuasa yang ada semakin menghilang.

GMC

Dalam pilihanraya 2004, PAS ditewaskan dengan teruk di semua kawasan yang ditandinginya, mujur negeri Kelantan masih dapat dipertahankan walaupun berakhir dengan majoriti satu kerusi DUN. Dalam keadaan genting sebegini, takkanlah ahli-ahli dan pejuang PAS duduk senyap tanpa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan parti dan juga satu-satunya kerajaan PAS yang ada di Malaysia?

Jika PAS tiada hasrat untuk mempertahankan satu-satunya negeri yang dikuasainya sambil menaruh hasrat bagi menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional pada satu hari nanti, bagi ana, malulah PAS digelar sebagai satu parti politik.

Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ialah sebuah syarikat swasta yang mungkin ditubuhkan penyokong-penyokong PAS sendiri untuk menjaga kepentingan PAS secara sukarela. Datuk Mustafa Ali sudahpun menafikan GMC mempunyai sebarang hubungan dengan PAS.

Jika peranan GMC adalah seperti yang didakwa Kickdefella -- untuk memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selain memastikan PAS terus berkuasa di Kelantan, maka bagi ana, ini kesnya sama dengan penubuhan Perkasa – penubuhan GMC merupakan hasil naluri kreatif semulajadi penyokong-penyokong sebuah parti politik untuk mempertahankan kuasa yang semakin menghilang.

Inisiatif GMC, sebagai sebuah syarikat swasta yang tiada kaitan dengan PAS, boleh dilihat sama seperti inisiatif Perkasa sebagai sebuah badan NGO yang tiada kaitan dengan UMNO. Operasi gerak saraf tidak mungkin berjaya jika kedua-dua GMC dan Perkasa mempunyai hubung-kait dengan pihak yang ingin dibantunya. Syed Azidi bukanlah orang PAS, seperti juga Datuk Ibrahim Ali, beliau juga bukanlah seorang ahli UMNO.

Andaian dan Hakikat

Hakikatnya, pada Mac 2008, selain dapat mempertahankan kerajaan negeri Kelantan dengan cemerlang, PAS mendapat negeri Kedah dan dapat menarik majoriti penyokong bukan Islam untuk bertukar persepsi buruk yang sudah berdekad lamanya terhadap PAS.

Ana tak tahu sama ada pencapaian yang disebut adalah sebahagian daripada hasil usaha GMC secara senyap, akan tetapi jika terbukti ya, PAS harus berbangga dan bersyukur kerana ada penyokong-penyokong yang hebat sebegini yang bertungkus lumus menjaga parti tanpa melibatkan sebarang bantuan daripada PAS sendiri.

Jika UMNO Barisan Nasional sanggup melakukan operasi saraf tiap-tiap hari di media arus perdana, takkanlah PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan benda yang sama untuk menjaga kepentingan politik mereka?

Jika dibandingkan dengan RM77 juta yang dibayar pada APCO, dan RM167 juta untuk memenangkan 1Malaysia versi Datuk Seri Najib di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi, maka ana berani kata orang di belakang takbir GMC adalah 60 kali ganda lebih bijak kerana hanya memerlukan RM4 juta (seperti yang didakwa) untuk menghilangkan majoriti 2/3 UMNO Barisan Nasional di 2008.

Nasihat

Wahai ahli-ahli PAS. Sedarlah bahawa permainan politik oleh Utusan mengenai GMC ini hanyalah satu gerakan operasi saraf untuk melagakan ahli-ahli PAS sesama sendiri dan untuk menutup skandal pemberian kawasan Block L and M yang kaya dengan hasil minyak kepada Brunei. Jika GMC memang ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pak Lah, maka skandal pemberian kawasan minyak Block L dan M memberikan justifikasi penuh bahawa GMC telah melakukan satu benda yang betul demi PAS, rakyat, bangsa dan negara.

PAS yang kuat dan bersatu cukup digeruni UMNO, dan percayalah tiada orang yang akan tersenyum lebih lebar daripada UMNO sekiranya PAS berpecah. Masa inilah kita perlu bersatu untuk menghadapi operasi saraf musuh supaya misi menggantikan PAS dengan UMNO akan menjadi kenyataan menjelang PRU ke 13.

Salam perjuangan.-----------------------------
Li Fook Gao berpendapat jika kita sanggup merotan anak apabila teguran tidak menjadi, apa salahnya orang dewasa ditegur secara biadap apabila nasihat dan teguran tersirat tidak menjadi.