Wednesday, August 26, 2009

500 Ahli UMNO tidak keluar mengundi

500 Ahli UMNO tidak keluar mengundi
Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Syabas dan tahniah kepada calon PAS kerana memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar walaupun merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya umum tahun lepas. Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN, Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 daripada pilihan raya lalu. Namun kekurangan ini sudah dijangka kerana pengundi dari luar kawasan tidak mendapat cuti, selain menganggap bahawa calon PAS akan tetap menang walaupun tanpa kepulangan mereka.Walau bagaimanapun kekalahan calon BN yang jumlah undi yang diperoleh lebih rendah dari sebelumnya, amat tidak diduga. Ahmad Sahar Shuib memperoleh 5,571, manakala Rohaizat hanya mampu mengumpul 5,067 undi. Kekurangan lebih 500 undi daripada orang UMNO adalah tamparan hebat buat Perdana Menteri dan Timbalannya.Jelas di sini sebahagian Ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana protes kepada calon dan pemimpin UMNO sendiri. Dengan kekalahan ini seharusnya menyedarkan pemimpin UMNO dan ahli semua bahawa mereka sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak bernilai kepada mereka lagi.Sekali lagi tahniah kepada ADUN baru dan PAS Pulau Pinang, semoga pada pilihan raya akan datang, banyak lagi kerusi diberikan kepada PAS. Selamat bertugas kepada ustaz Mohd Salleh Man, dan tengok-tangoklah kampung keluarga saya, Sama Gagah yang masih ketinggalan itu.Selain itu, jika sudah menerajui Majlis Agama Islam Pulau Pinang, lihat-lihatlah kelemahan pengurusan agama dan perbaikilah dengan segera. Harta wakaf perlu dilihat semula dan diberi nafas baru. Islam dan umatnya mesti lebih mulia dan baik daripada orang lain. Jadi, pentadbiran agama Islam perlu lebih canggih daripada pentadbiran lain.

Friday, August 7, 2009

Tips How to Control Your Voice

One of the most important components of public speaking is the sound of your voice. It influences the impact of your message, and might even make or break the success of your speech. Fortunately, for many people, good voice quality can be learned.
Instructions :-

Breathe from your diaphragm
Practice long and controlled exhales. When you speak, use breath to punctuate your point. For example, take a breath at the end of each phrase whether you need to or not. Use that opportunity to pause and let the listeners absorb what you say.

Use pitch
Lower pitches generally are more soothing to hear. However, modulating your pitch for emphasis will keep your listeners engaged. Develop your pitch by practicing humming.

Moderate your volume
Find out if you speak too loudly or too softly. When you begin speaking, ask your audience how your volume is (each situation is different). Try to stay at the appropriate volume throughout your speech.

Moderate your pace
This one is also closely related to breath. If you speak too quickly, people can’t keep up. If you speak too slowly, people will lose interest. Record your speech to determine if you need to change your pace. Get feedback from others.

Articulate
Try exaggerating your lip movement to reduce mumbling. Practice articulating tongue twisters and extending and exaggerating vowel sounds. Become an expert at articulating tongue twisters as quickly and crisply as possible. Focus on the ones you find difficult.
Practice your speech in advance and determine where you want to pause for a breath. For more emphasis, pause for more than one breath. Mark your breathing points in your notes.
Loosen up before you begin. Look side to side. Roll your head in half-circles and roll your shoulders back. Shift your rib cage from side to side. Yawn. Stretch. Touch your toes while completely relaxing your upper body, then slowly stand up, one vertebra at a time, raising your head last. Repeat as needed.

Posture
Stand up straight and tall to allow full lung capacity and airflow.
Record your voice repeatedly using different ways of speaking. Determine which one is most pleasing.

Practice breath control
Take a deep breath, and while you exhale, count to 10 (or recite the months or days of the week). Try gradually increasing your volume as you count, using your abdominal muscles—not your throat—for volume. Don’t let your larynx tense up.

sources - http://public-speaking.in/guide/10-tips-to-improve-your-speaking-voice/

Monday, August 3, 2009

Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Oleh : JiWa KaCaU

Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki."Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.
Earth hand.
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.
Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.
Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.
Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.