Tuesday, June 30, 2009

Ucapan Ketua Pembangkang, rang undang-undang Siap

Harakahdaily Tue Jun 30, 09 9:14:01 am MYT
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Berikut adalah teks penuh ucapan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung Rang Undang-undang Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasa (Siap): baca selanjutnya disini

MB Kedah kata Ketua Pemuda Gerakan Ketinggalan Zaman...

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.
"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.
Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.
Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.
Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.
Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.
Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.
"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.
Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.
Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.
Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.
"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.
Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.
"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.
Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.
Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.
"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

sumber : Malaysian Insider 25 Jun 2009

Monday, June 29, 2009

Mana ada orang masuk UMNO Ikhlas...

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata," beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional. ""Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi....

Friday, June 26, 2009

Petronas Tolak Orang Najib..

Ahli Lembaga Pengarah Petronas tetap dengan keputusan menolak pembantu kepada PM 1Malaysia apa ker namanya "Omar"?.. makluman lanjut lawat Malaysian Insider

Nizar vs Zamri

Akhirnya Mahkamah Rayuan Putrajaya mengeluarkan asas penghakiman mereka tempohari dalam menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah pada pukul 3.00 petang ini. Penghakiman bertulis itu dikeluarkan tepat seminggu selepas MB Nizar Jamaluddin memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini pada masa yang sama, Jumaat lepas. Untuk maklumat lanjut, rujuk TheMalaysianInsider.

Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi

Kadangkala aku keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?

Nanti la aku cuba dapatkan kesahihan sanad ini...tapi setahunya hadith ni palsu dinukilkan oleh seorang yang bernama "Ibnu Jahdam" rujuk (kitab : Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Wednesday, June 24, 2009

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak Penjenamaan Islam Dengan Pelbagai Nama

nota ni aku petik dari web ustaz zaharuddin...
harap-harap berguna la untuk rujukan kita semua...

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak
Penjenamaan Islam Dengan Pelbagai Nama
( beberapa petikan dari artikel asal dan terjemahan beberapa teks sahaja)
Rujuk Artikel Asal

من التعبيرات التي يُشنِّع بها العلمانيون والحداثيون تعبير (الإسلام السياسي)، وهي عبارة دخيلة على مجتمعنا الإسلامي بلا ريب،
Ertinya : Antara slogan-slogan yang dipelopori oleh puak secular dan kumpulan modernisme adalah slogan 'Islam Siyasi', iaitu satu bentuk slogan asing yang telah memasuki masyarakat islam tanpa ragu lagi.
وهم يطلقون هذه الكلمة (الإسلام السياسي) للتنفير من مضمونها ومن الدعاة الصادقين الذين يدعون إلى الإسلام الشامل؛ باعتباره عقيدة وشريعة، وعبادة ومعاملة، ودعوة ودولة.
Ertinya : Gelaran yang mereka berikan ini iaitu "Al-Islam As-Siyasi" sebenarnya untuk menjauhkan orang ramai dari kandungan islam yang sebenarnya dan bagi menghambat dari para pendakwah ikhlas yang sentiasa mengajak kepada pelaksanaan Islam secara sepenuhnya, aqidah, syariah, ibadat, muamalat, dakwah dan kenegaraan.
وقد كنت رددت على هذه الدعوة، وفنَّدت هذه التسمية في فتوى مطوَّلة، ظهرت في الجزء الثاني من كتابي: (فتاوى معاصرة)، ويحسن بي أن أقتبس فقرات منها فيما يلي:
Ertinya : Sejak dahulu aku telah menolak ajakan (slogan) ini dan aku juga telah menolak penamaan (gelaran) sebegini dalam fatwa yang panjang lebar yang boelh dilihat dalam juzu kedua dari kitabku " Fatawa Muasiroh", maka eloklah aku memetik beberapa peranggan darinya sebagaimana berikut :-
هذه التسمية مردودة وخاطئة:
وذلك لأنها تطبيق لخُطة وضعها خصوم الإسلام، تقوم على تجزئة الإسلام وتفتيته بحسب تقسيمات مختلفة، فليس هو إسلامًا واحدًا كما أنزله الله، وكما ندين به نحن المسلمين؛ بل هو (إسلامات) متعدِّدة مختلفة كما يحب هؤلاء.
فهو ينقسم أحيانًا بحسب الأقاليم: فهناك الإسلام الآسيوي، والإسلام الإفريقي.
Ertinya :
Ini adalah penamaan (istilah) yang terolak dan salah
Ia sebenarnya adalah satu bentuk pelaksanaan perancangan yang diletakkan oleh musuh-mush Islam. Dibina atas asas ingin memecah-belahkan Islam dengan pembahagian-pembahagian yang berbeza sehingga seolah-olah ia bukan Islam yang satu seperti yang diturunkan oleh Allah s.w.t, dan seolah-olah ia juga bukan sebagaimana (Islam) yang umat dianuti oleh kita umat Islam. Mereka (telah wujudkan) banyak Islam yang berbeza mengikut kesukaan mereka.
Antaranya mereka bahagikan Islam kepada pembahagian sempadan seperti : "Islam Asia" dan "Islam Afrika"
وأحيانًا بحسب العصور: فهناك الإسلام النبوي، والإسلام الراشدي، والإسلام الأُموي، والإسلام العباسي، والإسلام العثماني، والإسلام الحديث.
Ertinya : Kadangkala mereka bahagikan menurut waktu " Islam Nabawi", "Islam Rasyidi (zaman khulafa)", "Islam Umayi", "Islam Abbasi", "Islam Uthmani", "Islam al-Hadith (moden)"
وأحيانًا بحسب الأجناس: فهناك الإسلام العربي، والإسلام الهندي، والإسلام التركي، والإسلام الماليزي... إلخ.
Ertinya : Adakalanya mereka namakan menurut jenis kaum seperti : "Islam Arabi", "Islam India", "Islam Turki", "Islam Malaysia" dan lain-lain.
وزادوا على ذلك تقسيمات جديدة: فهناك الإسلام الثوري، والإسلام الرجعي أو الراديكالي، والكلاسيكي، والإسلام اليميني، والإسلام اليساري، والإسلام المُتزمِّت، والإسلام المُنفتح، وأخيرًا الإسلام السياسي، والإسلام الروحي، والإسلام الزمني،!.
Ertinya : Dan mereka juga menambah pembahagian baru yang seterusnya : sehingga ada "Islam Thawri (revolusi), "Islam Radikal dan Klasik", "Islam Al-Yamini (Haluan Kanan)", "Islam Al-Yasari (Haluan Kiri), "Islam Al-Mutazammit (Rigid), "Al-Islam Al-Munfateh (terbuka) dan akhirnya wujud pula "Al-Islam As-Siyasi" , "Al-Islam Ar-Ruhi ( ruh), "Al-Islam Az-Zamani (semasa)
تقسيمات مرفوضة للإسلام:
والحق أن هذه التقسيمات كلَّها مرفوضة في نظر المسلم، فليس هناك إلا إسلام واحد لا شريك له، ولا اعتراف بغيره، هو (الإسلام الأول)، إسلام القرآن والسنة.
الإسلام كما فهمه أفضل أجيال الأمة وخير قرونها، من الصحابة ومن تبعهم بإحسان، ممَّن أثنى الله عليهم ورسوله.
Ertinya : Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.
فهذا هو الإسلام الصحيح، قبل أن تشُوبه الشوائب، وتلوِّث صفاءه تُرَّهَات المِلَل وتطرفات النِّحَل، وشطحات الفلسفات، وابتداعات الفِرَق، وأهواء المُجادلين، وانتحالات المُبطلين، وتعقيدات المُتنطِّعين، وتعسُّفات المُتأوِّلين الجاهلين.
Ertinya : Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil.
Sekian
http://www.zaharuddin.net/

SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?

SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?
Berat soalan ini.
Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.
Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.
“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa’]
Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.
Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman.
Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim.
Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.


KEADILAN UNTUK SEMUA
Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan.
Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan.
Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI”. Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?”. Baginda SAW menjawab, “CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA” (hadith riwayat al-Bukhari)
TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI
Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.
TOLONG MEREKA YANG ZALIM
Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman.
Itu juga pesan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke arah membersihkan BN dan Malaysia.